Kehidupan peribadi Didie_Alias

Didie kembali bergelar isteri apabila disunting bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan, Norisham Ismail pada 8 Mei 2009. Kesahihan berita itu yang pada awalnya diragui bagaimanapun terjawab apabila wartawan hiburan berjaya mendapatkan pengakuan Didie pada penghujung Jun 2009, lengkap dengan gambar percutian romantiknya di Jakarta seminggu selepas bernikah.

Majlis pernikahan ringkas Didie dan Norisham yang berlangsung di Pejabat Agama Keramat itu hanya dihadiri keluarga, anak-anak dan teman rapat. Kesuntukan masa serta jadual yang sangat padat menyebabkan pasangan ini terpaksa mengambil keputusan melaksanakan yang wajib saja, malah media tidak dimaklumkan mengenai berita gembira itu.

Didie sebenarnya banyak bekerjasama dengan Norisham menguruskan kerja produksi drama pendek Mangsa dan Pemburu untuk program realiti Pilih Kasih terbitan Rosyam Nor. Pasangan yang turut berkongsi modal untuk memajukan syarikat pengurusan acara yang diusahakan sejak 2003 ini berkata, perkenalan mereka diatur teman rapat. Keserasian mula dirasai selepas beberapa bulan mengenali hati masing-masing. Meskipun tidak mampu meminggirkan perasaan bimbang dan fobia andai terluka lagi, Didie akhirnya akur dengan keikhlasan suaminya yang muda 3 tahun daripadanya.

Didie dan Norisham menyertai program realiti Sehati Berdansa Musim ke-3 pada tahun 2009 dan meraih tempat ketiga. Program TV tersebut menyaksikan pasangan selebriti menari untuk mendapatkan dana untuk badan kebajikan.

Berkaitan